ⓘ Hal ehwal pelajar. Dalam bidang pendidikan, Hal Ehwal Pelajar, juga dikenali: Hal Ehwal Murid merupakan salah satu jabatan, bahagian ataupun unit yang biasanya ..

Ahmad bin Hamad al-Khalili

Ahmad bin Hamad Al-Khalili dilahirkan di pulau Zanzibar pada 27 Julai 1942, semasa Zanzibar masih di bawah pemerintahan Kesultanan al-Said yang mengasaskan Oman. Kediaman kabilahnya ialah di pekan Bahla. Syeikh Ahmad belajar di sekolah al-Quran di pulau Zanzibar dan menamatkannya di usia 9 tahun dengan menghafal seluruh al-Quran. Beliau kemudiannya mengikut pengajaran dari beberapa ulama terkenal seperti Syeikh Issa bin Saeed Al Ismaili, Syeikh Hamoud bin Saeed Al Kharusi dan Syeikh Ahmed bin Zahran Al Riyami. Beliau juga menghadiri bengkel-bengkel pengajian Abu Ishaq Ibrahim Tfayyesh sema ...

                                     

ⓘ Hal ehwal pelajar

Dalam bidang pendidikan, Hal Ehwal Pelajar, juga dikenali: Hal Ehwal Murid merupakan salah satu jabatan, bahagian ataupun unit yang biasanya boleh didapati di banyak pusat pengajian, sekolah, pusat tuisyen, kolej mahupun universiti. HEP biasanya bertanggung jawab bagi tugasan-tugasan berkaitan hal ehwal pelajar, disiplin dan pembentukan etika pelajar luar kuliah akademik. Berikut adalah antara bidang tugasan umum HEP:-

  • Pemantauan kantin dan perkhidmatan makanan
  • Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
  • Bina insan, surau dan dakwah
  • Penyediaan surat akuan dan pengesahan pelajar
  • Program bersepadu sekolah dan institusi sihat
  • Kelas bimbingan moral
  • Bimbingan jati diri dan modal insan
  • Disiplin
  • Skim bantuan buku teks
  • Pengurusan asrama dan unit kediaman
  • Jawatan kuasa 3 K
  • Bahagian kebajikan dan pengurusan bantuan bagi urusan pinjaman dan biasiswa pelajaran
  • Lawatan perladangan
  • Badan pengawas
  • Tabung kebajikan pelajar
  • Koperasi dan keusahawanan
  • Skim perlindungan insurans dan takaful
  • Program kecemerlangan asrama
  • Pengurusan pusat kokurikulum, persatuan, kelab dan sukan
  • Majalah dan makalah
  • Bimbingan dan kaunseling
  • Majlis perwakilan pelajar
  • Pengambilan pelajar
  • Pendidikan pencegahan dadah
  • Program sekolah bebas denggi dan penyakit berjangkit
  • Perhimpunan
  • Pendaftaran pelajar