ⓘ Gunung berupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunu ..

Gunung Tokachi

Gunung Tokachi merujuk kepada beberapa nama gunung: Gunung Tokachi Hidaka, sebuah gunung di Pergunungan Hidaka yang terletak di timur Hokkaidō Gunung Tokachi Daisetsuzan, sebuah gunung berapi ditengah-tengah Hokkaidō

Guinée forestière

Guinée forestière ialah wilayah bergunung dan berhutan yang terletak di Guinea tenggara. Kawasan ini merupakan salah satu dari empat kawasan semilajadi di Guinea; tiga kawasan lain ialah Guinea Maritim, Guinea Tengah, dan Guinea Hulu. Kawasan Guinea Berhutan mencakupi sekitar 23% wilayah Guinea. Kawasan ini bersempadan dengan Sierra Leone dan Liberia. Kawasan Guinea Berhutan memiliki topologi yang bergunung dengan rata-rata ketinggian 460 m. Wilayah ini juga dikenali kerana kepelbagaian bionya. Di kawasan ini terdapat Rizab Alam Semulajadi Gunung Nimba yang telah diiktiraf sebagai Tapak Wa ...

Rempuhan Meron 2021

Pada 30 April 2021 kira-kira jam 00:50 IDT, satu rempuhan orang ramai yang membawa maut berlaku di Meron semasa penziarahan Gunung Meron pada cuti Lag Baomer, yang dihadiri kira-kira 100 ribu orang. Empat puluh lima orang terbunuh dalam kejadian tersebut dan lebih daripada seratus orang tercedera, dimana berdozen daripadanya dalam keadaan kritikal. Kejadian tersebut merupakan bencana awam paling dahsyat berlaku dalam sejarah Israel. Reuters menukilkan bahawa media Israel melaporkan bahawa sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap pandemik penyakit koronavirus 2019, kawasan ...

                                     

ⓘ Gunung

Gunung berupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.

Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan. Banjaran gunung Alp yang merupakan banjaran gunung yang terbesar di Eropah dianggap masih muda. Kemudaannya dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.

Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% daripada daratan di Bumi terdiri daripada banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air. Gunung yang diiktiraf sebagai gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Everest.

Tinggi gunung pada umumnya diukur dari aras laut, lantas menjadikan gunung Everest yang tingginya 8.848 meter 29.028 kaki gunung tertinggi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung diambil dari kaki gunung hingga ke puncak, Gunung Berapi Mauna Kea di Hawaii yang berdiri 10.203 meter 33.476 kaki dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.