ⓘ Stesen LRT Alam Megah ialah stesen LRT di selatan Shah Alam, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan semp ..

                                     

ⓘ Stesen LRT Alam Megah

Stesen LRT Alam Megah ialah stesen LRT di selatan Shah Alam, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Alam Megah yang berhampiran di Shah Alam, Selangor. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.

                                     

1. Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak berhampiran Persiaran Putra Perdana di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Berdekatan stesen ini adalah Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara, Taman Putra Bestari, Masjid Baitul Mahabbah dan SJK C Tun Tan Siew Sin.

Struktur stesen

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya OKU seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 196 petak parkir kereta dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.

                                     
  • Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini. Stesen ini terletak di Alam Megah Shah Alam Selangor. Di sebelah
  • Stesen LRT USJ 21 ialah stesen LRT di Subang Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian
  • laluan keluar masuk ke stesen LRT KLCC. Ruang legar di stesen LRT Pasar Seni. Ruang legar di stesen LRT Ampang Park. Stesen LRT Masjid Jamek adalah salah
  • Terdapat tiga stesen dimana dua stesen yang berbeza mempunyai nama yang sama: Stesen Komuter Sentul dibawah Laluan Seremban dan Stesen LRT Sentul dibawah
  • tiga LRT di Lembah Klang yang kini beroperasi, iaitu Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling, dan Laluan Kelana Jaya. Laluan Bandar Utama Klang, iaitu LRT keempat
  • LRT bagi menghubungkannya dengan MRT dan perkhidmatan LRT pertama di Bukit Panjang mula beroperasi pada 6 November 1999. Pada tahun 2002, stesen Lapangan
  • Dicapai pada 24 Mac 2020. Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T581 - LRT Alam Sutera Moovit. Diarkib daripada yang asal pada 24 Mac 2020. Dicapai pada