ⓘ Gerhana Assyria, juga dikenali sebagai gerhana Bur-Sagale, ialah gerhana matahari yang dirakamkan dalam senarai eponim Assyria, kemungkinan bertarikh tahun kese ..

                                     

ⓘ Gerhana Assyria

Gerhana Assyria, juga dikenali sebagai gerhana Bur-Sagale, ialah gerhana matahari yang dirakamkan dalam senarai eponim Assyria, kemungkinan bertarikh tahun kesembilan pemerintahan raja Ashur-dan III. Gerhana tersebut dikenal pasti dengan gerhana yang berlaku pada 15 Jun 763SM.

Masukan tersebut pendek dan berbunyi:

Bur-Sagale dari Guzana. Berontak di bandar Assur. Pada bulan Simanu gerhana matahari berlaku."

Frasa yang digunakan - shamash "matahari" akallu - telah ditafsirkan sebagai rujukan kepada gerhana matahari sejak petafsiran tulisan baji pertama pada pertengahan abad ke-19. Nama Bur-Sagale juga dialihbahasakan Bur-Saggile, Pur-Sagale atau Par-Sagale ialah nama rasmi limmu dalam tahun eponim.

Pada tahun 1867, Henry Rawlinson telah mengenal pasti gerhana hampir penuh pada 15 Jun 763SM sebaga calon barang kali bulan Simanu sepadan dengan bulan qamari Mei/Jun, kelihatan di utara Assyria hanya sebelum tengah harin. Tarikh ini telah diterima ramai sejak itu; pengecaman itu juga disahkan oleh pencerapan falak yang lain dari tempoh yang sama.

Rekod ini merupakan satu bahagian bukti penting membekalkan kronologi Timur Dekat Kuno yang mutlak bagi zaman Assyria.

                                     

1. Pautan luar

  • Path map of eclipses 800 BCE - 781 BCE NASA - Includes annular eclipse of June 24, 791 BC labeled -0790 June 24
  • Five Millennium -1999 to +3000 Canon of Solar Eclipses Database – maps the visibility of the annular solar eclipse of June 24, 791 BC.
  • Five Millennium -1999 to +3000 Canon of Solar Eclipses Database – maps the visibility of the total solar eclipse of June 15, 763 BC.
  • Path map of eclipses 780 BCE - 761 BCE NASA - Includes total eclipse of June 15, 763 BC labeled -0762 June 15

Templat:Solar eclipses