ⓘ Matematik - Matematik, Sejarah matematik, gunaan, China, diskret, Senarai rencana matematik, Homomorfisma ..

Matematik

Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik. Terdapat percanggahan pendapat sama ada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu me ...

Sejarah matematik

Lihat garis masa matematik untuk garis masa peristiwa-peristiwa matematik. Lihat senarai ahli matematik untuk sebuah senarai biografi ahli matematik. Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα, yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός bermaksud "suka belajar". Istilah kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran. Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas mengira dan mengukur, pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum ...

Matematik gunaan

Matematik gunaan ialah satu cabang matematik yang berkaitan dengan teknik matematik yang digunakan dalam aplikasi ilmu matematik untuk domain yang lain.

Matematik China

Matematik di China muncul secara berdikari pada abad ke-11 SM. Orang China telah mengembangkan secara berdikari nombor yang sangat besar dan negatif, perpuluhan, sistem perpuluhan, sistem perduaan, algebra, geometri dan kalkulus. Kebanyakan sarjana mempercayai bahawa jurumatematik China dan matematik dunia silam Mediterranean telah lebih kurang berkembang dengan sendirinya sehingga ke waktu apabila Sembilan Bab Seni Matematik mencapai bentuk akhirnya. Ia sering dicadangkan bahawa sesetengah penemuan matematik China adalah pratarikh dengan Barat. Suatu contohnya adalah Teorem Pythagoras. Ad ...

Matematik diskret

Matematik diskret ialah satu bidang yang mengkaji struktur matematik yang bersifat diskret, iaitu yang saling tidak berhubungan. Jika dibandingkan dengan nombor nyata yang memiliki sifat yang berubah-ubah secara "lancar", objek yang dikaji dalam matematik diskret - seperti integer, graf, dan pernyataan dalam logik - tidak berubah secara lancar, tetapi memiliki nilai yang berbeza dan berasingan. Oleh itu, matematik diskret tidak membincangkan topik-topik di dalam "matematik selanjar" seperti kalkulus dan analisis matematik. Objek diskret sering boleh diangkakan dengan integer. Secara formal ...

Senarai rencana matematik

Ini adalah senarai rencana matematik yang memudahkan pencarian rencana Wikipedia yang berkaitan dengan matematik. Senarai ini mungkin tidak lengkap, tetapi ia akan sering dikemaskini menggunakan senarai kategori matematik untuk mengenal pasti rencana matematik baru; oleh itu, sesebuah rencana boleh ditambah ke senarai ini dengan meletakkannya dalam satu atau lebih kategori matematik. Semua rencana yang berkaitan dengan matematik, walaupun cuma sedikit, harus disenaraikan di sini - contohnya, senarai ahli matematik. Terdapat juga banyak senarai rencana matematik diaturkan mengikut topik; ha ...

                                     

Homomorfisma

Dalam algebra abstrak, Homomorfisma merupakan struktur peta yang menghubungkan dua struktur algebra. Setiap homomorfisma pasti dapat ditentukan kanelnya, dan kanel pasti sub-kumpulan normal, sehingga selalu dapat membentuk kumpulan faktor, seterusnya akan membentuk pengkaitan baru daripada domain homomorfisma ke kumpulan faktor yang dibentuknya, sehingga terbentuklah homomorfisma baru yang disebut sebagai homomorfisma natural.