ⓘ Peristiwa - cakerawala, 13 Mei, kepupusan Ordovisia–Silur, anoksia, berdarah Tak Bai, Kampung Medan ..

Peristiwa cakerawala

Peristiwa cakerawala atau peristiwa samawi ialah fenomena astronomi yang melibatkan satu atau lebih objek langit. Beberapa contoh peristiwa cakerawala ialah fasa kitaran Bulan, gerhana matahari dan bulan, transit dan penghijaban, istiqbal dan ijtimak planet, pancuran meteor, dan lintasan komet, solstis dan ekuinoks.

Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Peristiwa kepupusan Ordovisia–Silur

Peristiwa kepupusan Ordovisia-Silur merupakan peristiwa kepupusan terbesar kedua dalam sejarah Bumi berdasarkan peratusan genera yang pupus. Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap spesies-spesies laut dan mengakibatkan kepupusan sepertiga famili brachiopoda dan bryozoa serta sejumlah kumpulan conodont, trilobita dan graptolita. Peristiwa kepupusan Ordovisium-Silur berlangsung pada masa Hirnantia pada tempoh Ordovisium dan pada masa Rhuddania pada tempoh Silur. Peristiwa terakhir berlangsung pada jangka waktu 455-430 juta tahun yang lalu, atau dalam kata lain berlangsung dari tempoh Ordo ...

Peristiwa anoksia

Peristiwa anoksia lautan atau peristiwa anoksia berlaku apabila lautan Bumi sepenuhnya kesusutan oksigen di bawah paras permukaan. Istilah serupa euksinia merujuk keadaan anoksia dalam kehadiran H 2 S hidrogen sulfida. Sungguhpun peristiwa anoksia tidak berlaku selama berjuta-juta tahun, catatan geologi menunjukkan bahawa ini sudah berlaku berkali-kali dahulu. Peristiwa anoksia mungkin telah menyebabkan kepupusan besar-besaran. Kepupusan besar-besaran ini termasuk sesetengah yang digunakan oleh ahli geobiologi sebagai penanda masa dalam pentarikhan biostratigrafi. Peristiwa anoksia lautan ...

Peristiwa berdarah Tak Bai

Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.

Peristiwa Kampung Medan

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dari 4 Mac hingga 13 Mac 2001 selama 13 hari. Peristiwa rusuhan ini berlaku dan merebak di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan kerajaan. Pergaduhan tersebut turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana ...