ⓘ Pertanian - Pertanian, jitu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Pertubuhan Makanan dan Pertanian ..

Pertanian

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan r ...

Pertanian jitu

Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau pertanian persis, merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan petani mengawal aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pembajaan, pengairan, makhluk perosak dan sebagainya melalui penggunaan teknologi. Dengan kata lain istilah pertanian tepat adalah melakukan dengan betul, pada tempat yang betul, dengan kaedah yang betul, dan pada masa yang betul. Pertanian tepat termasuk kaedah pengurusan pertanian atau penternakan baru yang disepadukan dengan teknologi maklumat merangkumi beberapa faktor asas termasuk sistem maklumat geografi/tanah, pembajaan/ma ...

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA Bank Pertanian Malaysia Berhad Agrobank Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia LPNM Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu KADA Malaysian Bioeconomy Development Corp Sdn Bhd Lembaga Pertubuhan Peladang LPP

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia

Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang terkini adalah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. Beliau dibantu oleh 2 Timbalan Menteri, iaitu Ahmad Hamzah dan Che Abdullah Mat Nawi.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian

Pertubuhan Makanan dan Pertanian merupakan sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha menghapuskan kelaparan. FAO merupakan satu forum neutral setiap negara berunding dan berbahas tentang dasar-dasar. FAO juga membantu negara-negara sedang memaju dengan memajukan pertanian, perhutanan dan perikanan demi menjamin bekalan makanan yang berkhasiat kepada semua penduduk dunia.

Pertanian, perhutanan dan perikanan di Jepun

Pertanian, perhutanan dan perikanan membentuk sektor utama ekonomi Jepun, bersama dengan industri perlombongan, tetapi secara keseluruhan industri-industri ini menyumbang hanya 1.3% keluaran negara kasar. Hanya 15% tanah Jepun sesuai untuk penanaman, namun ekonomi pertanian secara besarnya disubsidi dan dilindungi. Pertanian, perhutanan dan perikanan menguasai ekonomi Jepun hingga 1940-an, tetapi selepas itu merosot hingga secara relatifnya tidak penting lihat pertanian di Empayar Jepun. Pada lewat abad ke-19 zaman Meiji, sektor-sektor ini meliputi lebih daripada 80 % pekerjaan. Pekerjaan ...