ⓘ Alam semula jadi - 7 Keajaiban Alam Semula Jadi Baharu, Sains semula jadi, Sejarah semula jadi, Muzium Sultan Alam Shah, Taman alam, Bencana alam ..

7 Keajaiban Alam Semula Jadi Baharu

7 Keajaiban Alam Semula Jadi Baharu merupakan usaha untuk memilih tujuh alam semula jadi yang dipenuhi keajaiban dan keunikan. Usaha ini diketuai oleh Bernard Weber, pengasas new7wonders Foundation. Kempen telah menarik perhatian lebih daripada 100 juta pengundi dari seluruh dunia. Keputusan undian telah diterbitkan pada 11 November 2011.

Sains semula jadi

Dalam sains, istilah sains semula jadi merujuk kepada pendekatan naturalistik terhadap pembelajaran alam semesta, yang mana ia difahami sebagai mematuhi undang-undang atau hukum asal alam semula jadi. Pada keseluruhannya, sains semula jadi ialah teras terhadap semua sains. Istilah sains semula jadi juga digunakan untuk memisahkan bidang-bidang yang menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji alam semula jadi daripada sains sosial dan kemanusiaan, yang juga menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji kelakuan manusia dan masyarakat; serta daripada sains formal, seperti matematik dan logik, ...

Sejarah semula jadi

Sejarah semula jadi ialah penyelidikan saintifik tumbuhan atau haiwan, yang lebih megarah kepada kaedah pencerapan berbanding uji kaji, dan merangkumi lebih banyak penyelidikan yang diterbitkan dalam majalah sains berbanding jurnal akademik. Digolongkan dalam sains semula jadi, sejarah semula jadi ialah pengajian sistematik mana-mana kategori objek atau organisma semula jadi. Ini merupakan penggolongan yang agak luas. Orang yang mengkaji sejarah semula jadi dikenali sebagai ahli alamiah atau "ahli sejarah semula jadi".

Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam, Selangor, Malaysia. Bangunan muzium ini dibina mengikut seni bina moden, bersebelahan Perpustakaan Shah Alam, di tepi Tasik Shah Alam.

Taman alam

Taman alam atau taman semulajadi ialah istilah untuk landskap yang dilindungi melalui perancangan jangka panjang, penggunaan dan pertanian lestari. Landskap berharga ini dikekalkan dalam keadaan terkini dan dipromosikan untuk tujuan pelancongan. Di kebanyakan negara, taman alam adalah tertakluk kepada kakwasan perlindungan yang ditetapkan secara sah, yang merupakan sebahagian daripada undang-undang pemuliharaan mereka. Dari segi tahap perlindungan, kategori "Taman Alam" tidak sama dengan "Taman Negara", yang ditakrifkan oleh IUCN dan Suruhanjaya Dunia untuk Kawasan Perlindungan sebagai jen ...

Bencana alam

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak aka ...